Thursday, November 1, 2012

4 Ada 2 Simpan...6 Anak dah! ;-)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Syukur pada Allah S.W T yang telah memberiku rezeki anak yang sihat dan comel. 
Topik hari nie saya nak share tentang kehidupan saya dengan anak² yang sangat sihat dan boleh tahan lasak. 


Pada usia saya 21 tahun, saya telah disatukan dengan suami yang baik dan penyayang. 20 May 2001, tarikh saya dinikahkan. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah. Waktu itu, semua orang meraikan hari pernikahan saya. Tuan badan pun sama gembira bersama insan tersayang. 

03 Mac 2002, lahirlah putera Muhammad Haziq Amin. Anak sulung saya yang sangat berani dan kadang² menjadi teman saya bergaduh ;-). Mungkin anak sulung memang macam nie kut. Ntahlah saya pun tak kaji pun. Itulah diri dia yang sebenar. Bukan orang lain. Kami sebagai ibu ayah sentiasa memberi nasihat kepadanya supaya menjadi anak yang baik dan berguna. Haziq, seorang yang berani, boleh diharap (kalau nak minta tolong bolehlah) cuma ada masa dia seperti budak kecil yang kurang perhatian.Hehehe....

Lepas setahun lebih, saya disahkan mengandung lagi. Kali nie kandungan saya ada masalah. Uri kat bawah so sangat bahaya. Pada usia kandungan 5 bulan, kandungan saya gugur. Sedih :-( Bila pergi klinik doktor sahkan baby dah tak de nadi. Keesokannya baru saya pergi hospital untuk proses keluarkan baby. Dapatlah saya tengok baby saya yang masih kecil...kecik sangat. Adalah sebesar tapak tangan. Yang paling sedih bila doktor beritahu baby saya...baby girl. Oh!Sayang sangat....

Usah dikenang barang yang lepas (orang kata..). Tapi kenangan tetap akan dikenang sampai bila². Apapun yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya.

27 Feb 2004, lahir pula putera Muhammad Danish Amin. Anak ke-2 yang sangat sihat badannya tapi sungguh penakut dan baik hati. Abang Haziq pun baik juga :-). Danish, semua orang senang bila berkawan dengannya especially girls. Bila kat sekolah, cikgu dia beritahu dia macam ada aura kat dalam kelas. Danish memang cepat tangkap akalnya, mudah faham dan rajin juga. Dan satu lagi tentangnya suka makan...kuat sangat makan sampai menambah-nambah. Nasib baik ayah rajin masuk dapur...bolehlah nak makan sedap² dan macam². (Ibu pun rajin masuk dapur juge!;-)

23 Marc 2007, seorang lagi putera dilahirkan dan diberi nama Muhammad Zharfan Amin. Zharfan, badannya masa kecil berisi dan bulat mukanya tapi bila masuk setahun lebih dia mengalami jangkitan kuman dalam paru² dan selalu keluar masuk hospital. Alhamdulillah keadaannya semakin pulih cuma badannya dah tak naik sangat...kurus je. Susah hati jugalah bila tengok dia kurus melidi tapi kuat susu. Makan pun macam biasa tapi tak macam Abang Danishnya :-).Ibu doakan semoga Zharfan sentiasa kuat dan sihat. Luv you!!

Setahun lepas tue, saya disahkan mengandung lagi. Yang ke-5 dah. Memang tak di sangka. Apapun saya tetap terima. Tapi sayang, 4 Oct 2008, waktu saya dimasukkan ke hospital..doktor beritahu kandungan saya ada masalah. Baby dalam kandungan macam tak membesar. Bila dah bersalin secara c-sor, baby terus masuk NICU untuk pemeriksaan lanjut. Sayang..umurnya tak panjang genap 22 hari usianya..Nur Aqilah Sofiya telah pergi meninggalkan kami.Sedih sangat masa nie hanya Allah yang tahu. Walaupun berat dugaan ini, kami terima dengan tabah dan kuatkan semangat. Bayangkan saya berpantang tanpa anak di sisi.

31 Mei 2012, 5 bulan dah umurnya...lahir lagi seorang bayi lelaki bernama Muhammad Ariq Amin. Comel sangat. Geram je rasa...macam nak gigit pipinya.Hehehe...
Ariq, sekarang dah pandai hisap jari, meniarap, pandai makan, pandai main dengan orang di sekelilingnya. Bijak...bijak!;-)

Oklah.Nie je yang sempat update.Lainkali kita cite lagi ya...bye!

Pe@ce Munira ;-)




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers